Rabu, 11 Julai 2012

PERMASALAHAN UTAMA ESQ



Rajah di atas  merupakan asas ESQ, diulang tidak kurang dari 16 tempat dalam buku ESQ[1].  Asal kalimah Din diubah kepada Fitrah.  Rukun Islam diubah kepada istilah-istilah berikut iaitu character building, mission statement, total action, strategic collaboration, dan self controlling.  Rukan Iman di takwil dan diubah kepada istilah-istilah berikut iaitu ultimate principle, angel principle, leadership principle, learning principle, vision principle, well organized principle.  Ehsan pula ditukar kepada zero manacle process.


TAFSIRAN “DIN” & FITRAH
Perkataan الدين(Din) di dalam Quran terdapat sebanyak 46 tempat.  Kesemuanya kembali kepada tiga pengertian iaitu agama, Islam, hari kiamat, dan undang-undang atau hukum[2].   Din di sisi Allah ialah Islam sebagaimana firmanNya dalam surah Ali Imran/19:-
¨bÎ) šúïÏe$!$# yYÏã «!$# ÞO»n=óM}$# 3  
Bermaksud: “Sesungguhnya Din di sisi Allah ialah Islam”
Dalam menafsirkan apakah itu Din.  Jibril telah datang menjelma sebagai seorang kacak yang tidak dikenali dan tidak ada tanda-tanda perjalanan datang dari jauh; dia bertanyakan kepada Nabi: apakah iman; apakah Islam; apakah ihsan; dan seterusnya. Rasulullah menerangkan sebagaimanan hadith berikut:-

".....ما الاسلام؟ الاسلام أن تشهد أن لا اله الا الله وأن محمدا رسول الله،  وتقيم الصلاة ، وتؤدي الزكاة،  وتصوم رمضان، وتحج البيت ان استطعت اليه سبيلا............الايمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه وبلقائه ورسله وتؤمن بالقدر خيره وشره..........الا حسان أن تعبد الله كأنك تراه فان لم تكن تراه فانه يراك..............قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: هذا جبريل جاء يعلم الناس دينكم"

            Maksudnya: .......Islam itu engkau naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad Pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan naik Haji jika berdaya dalam perjalanan............. Iman ialah engkau beriman dengan Allah, mala’ikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan kebangkitan hari Akhirat dan qadar baik dan jahat........Ihsan ialah engkau sembah Allah seolah kau melihatNya. Sekalipun kau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia Melihatmu.........Sabda Nabi s.a.w. “Ini Jibril datang mengajar manusia DIN (agama) mereka.[3].

            Oleh itu dapat dita’rifkan di sini Din ialah agama, hukum peraturan, undang-undang, balasan, dan ibadah yang merangkumi Iman, Islam dan Ehsan.

Perkataan فطرة(fitrah) hanya terdapat satu sahaja dalam Quran iaitu dalam Surah Rum ayat 30.

óOÏ%r'sù y7ygô_ur ÈûïÏe$#Ï9 $ZÿÏZym 4 |NtôÜÏù «!$# ÓÉL©9$# tsÜsù }¨$¨Z9$# $pköŽn=tæ 4 Ÿw Ÿ@ƒÏö7s? È,ù=yÜÏ9 «!$# 4 šÏ9ºsŒ ÚúïÏe$!$# ÞOÍhŠs)ø9$#  ÆÅ3»s9ur uŽsYò2r& Ĩ$¨Z9$# Ÿw tbqßJn=ôètƒ ÇÌÉÈ  


Maksudnya: “Maka tegakkanlah(wahai Muhammad) dirimu deen(agama) yang suci, (tetaplah atas) ciptaan (fitrah) Allah yang telah mencipta manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.   
Ulamak bercanggah dalam memberi tafsiran fitrah dalam ayat tersebut[4].  Pendapat pertama fitrah ditafsirkan bermaksud Islam.  Pendapat kedua ia bermaksud kadar ketentuan kejadian manusia dari segi ajal maut, suka duka, kafir atau mukmin dan seumpamanya.  Pendapat ketiga ia bermaksud satu sifat  yang dicipta dalam diri bayi yang dilahirkan untuk mengenali tuhannya.  Allah mencipta manusia dalam keadaan asalnya bersedia menerima tauhid dan dan din sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibni Kathir dengan berkata:

والمعنى أن الله خلقهم قابلين للتوحيد والدين


Maksudnya: Allah menjadikan mereka bersedia menerima Tauhid dan Agama Islam.

Pendapat ketiga adalah pendapat yang paling sohih.  Ini kerana jika fitrah bermaksud Islam sebagaimana pendapat pertama sudah pasti tidak ada yang kufur kerana setiap bayi yang dilahirkan dan setiap insan dicipta beragama Islam.  Islam juga merangkumi iktikad, ikrar dengan lisan dan beramal dengan anggota sedangkan ciri-ciri tersebut  tidak ada pada seorang bayi yang baru dilahirkan .

Pendapat kedua iaitu kadar ketentuan juga tidak tepat.  Ini kerana kita lihat realiti manusia semenjak dilahirkan sehingga dewasa berlaku perubahan demi perubahan samada dari sudut iman dan kufur, bahagia dan celaka dan seumpamanya.   Sedangkan fitrah dalam konteks pengertiannya dalam ayat 30 surah Ar-Rum tersebut ia tidak boleh berubah.

            Daripada dalil-dalil di atas dapat disimpulkan:-
1) Din mengikut tafsiran Hadith ialah Islam, Iman dan Ehsan.
2) Din yang diterima oleh Allah ialah Islam.
3) Menegakkan Din ialah menegakkan rukun-rukunnya iaitu Islam, Iman dan Ehsan.
4) Fitrah dalam ayat bermaksud satu sifat  yang dicipta dalam diri bayi yang dilahirkan untuk mengenali tuhannya dan bersedia menerima tauhid dan din.
5) Penegasan dalam ayat-ayat Quran kalimah “din” dan dikuatkan dengan tafsiran hadith Jibril tersebut menunjukkan “din” bersalahan dengan “fitrah” .  Dalam erti kata lain  “fitrah” itu bukan “din”.

PERMASALAHAN UTAMA ESQ
Dari dalil-dalil dan berlandaskan rajah yang merupakan pegangan oleh ESQ di atas apakah kewajaran ESQ membuat tafsiran dan perubahan dalam beberapa perkara berikut ?

1)      Mengubah rukun Islam, rukun Iman dan Ehsan kepada nama-nama dan istilah-istilah yang tidak terdapat dalam Quran & Hadith.  Rukun Islam diubah kepada istilah-istilah iaitu character building, mission statement, total action, strategic collaboration, dan self controlling[5].  Rukan Iman di takwil dan diubah kepada istilah-istilah iaitu ultimate principle, angel principle, leadership principle, learning principle, vision principle, well organized principle[6].  Ehsan pula ditukar kepada zero manacle process[7]
Apakah tafsiran yang sebegitu jauh dan tidak berlandaskan kepada Quran & Sunnah dibenarkan dan tidak sesat?  Apakah ini membuktikan ESQ terkesan dengan kaedah sesat gerakan Batiniah iaitu “Setiap ayat(Quran & Hadirh) ada takwilnya” (أن لكل تنزيل تأويل)?  Dari mana tafsiran dan takwilan tersebut? 
2)      Kalimah “fitrah” terletak dipusat rajah seolah-olah nadi dan asas utama.  Sementara itu Islam, Iman dan Ehsan bersumberkan kepada kalimah “fitrah” tersebut.  Mengikut Quran & Hadith;  Islam, Iman dan Ehsan adalah “Din” sebagaimana dalil-dalil yang dinyatakan.  Dalam erti kata lain Din di sisi Allah terdiri daripada tiga unsur utama iaitu Islam, Iman & Ehsan.  Tidak dinyatakan di dalam Quran & Hadith “fitrah” sebagai asas dan dasar.  Di mana dalil, sumber dan sandaran ESQ menukar perkataan “Din” dengan “Fitrah”.  Apakah ini satu bukti menunjukkan ESQ terpengaruh dengan kaedah sesat ajaran Batiniah iaitu “Setiap yang zahir itu ada pengertian batin” (أن لكل ظاهر باطن)? 
3)      Din mengikut Quran & Hadith meliputi rukun Islam 5 perkara, rukan Iman 6 perkara dan Ehsan.  Ia sama sekali tidak sama dengan modul latihan ESQ iaitu fitrah dikelilingi oleh 6 istilah(character building, mission statement, total action, strategic collaboration, dan self controlling), 5 istilah(ultimate principle, angel principle, leadership principle, learning principle, vision principle, well organized principle dan 1 istilah(zeroanacle process).  
Angka 165 dalam Islam tidak sama dengan angka 165 dalam modul dan ajaran ESQ.  Dakwaan ESQ ia dari Islam bukankah satu bukti ia mengeksploitasi kesucian Islam untuk meraih keuntungan, menyesatkan serta mengelirukan masyarakat Islam yang jahil dan golongan kafir yang mahu mendekati Islam melalui teori dan angka 165? Antara ciri-ciri ajaran sesat Batiniah ialah menjadikan angka, simbol, rajah dan lakaran sebagai cara menyebarkan ajaran dan kesesatan mereka.  Apakah ESQ terpengaruh dengan teori tersebut?    
4)      Fitrah dalam hadith dan Quran bermaksud Allah ta’ala mencipta manusia bersedia menerima Islam(tauhid dan din).  Fitrah bagi ESQ ialah suara hati sebagaimana disebut dalam buku ESQ:-  “Sesuatu yang lahir dari hati anda sendiri (kesedaran fitrah ciptaan Allah SWT) kerana itulah sumber kebenaran (akan terus dilatih di dalam buku ini) [8].   Menjadikan suara hati sebagai sumber kebenaran adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana sumber kebenaran dalam Islam adalah Quran & Sunnah, Ijmak, Qiyas.
Dari sudut ini ESQ nampaknya terpengaruh dengan golongan tasauf batiniah sesat dan juga agama-agama ciptaan manusia lain yang sumber kebenaran bagi mereka ialah suara hati, ilham, kashaf atau seumpamanya.   Kebenaran itu tidak boleh dinilai dengan suara hati kerana banyak yang dibenarkan oleh suara hati jelas dan terang tidak boleh diterima oleh akal pemikiran dan bercanggah dengan Quran & Sunnah contohnya akidah trinity dalam Agama Nasrani, memuja lembu dan berbilang tuhan dalam agama Hindu dan  juga dakwaan sesetengah ahli tasauf yang menganggap diri mereka suci dengan berkata:-
حدثني قلبي عن ربي  “
Maksudnya:- Hatiku mengkhabarkan(sesuatu) dari Tuhanku”.

5)      Teori fitrah yang diertikan dengan suara hati dan berpegang ia adalah sumber kebenaran boleh membawa kepada natijah semua agama adalah sama(وحدة الأديان).  Ini kerana setiap insan samada Islam dan kafir mempunyai suara hati masing-masing dan ia adalah sumber kebenaran.  Setiap perbuatan, pegangan dan idea yang terbit dari suara hati mereka adalah benar, jadi apa guna peranan syara’?  Sedang ia perlu dibentangkan kepada piawaian syara’ iaitu Quran, Hadith, Ijma’, & Qias untuk menentukan kebenarannya. 
Konsep suara hati manusia adalah sama dan merupakan sumber kebenaran boleh membawa kepada Islam tidak perlu lagi kerana kita semua adalah sama setelah penyucian dan latihan kembali kepada suara hati atau fitrah itu berjaya dilakukan dengan modul Fitrah dan 165 ESQ. ESQ mahu setiap orang melatih atau membersih diri mereka untuk kembali kepada suara hari mereka iaitu fitrah kerana ia adalah sumber kebenaran.  Sebagaimana wahdatul wujud dalam tasauf falsafah boleh membawa kepada semua agama adalah sama(وحدة الأديان), adakah ESQ juga boleh membawa kepada kesatuan agama berdasarkan konsep fitrah dan suara hati yang dikemukakan?

6)      Mengubah agama dengan fitrah dan rukun Islam, Iman dan Ehsan kepada pelbagai tafsiran membawa kepada beberapa persoalanan; adakah konsep asal mengikut hadith & Quran tentang Din(agama) yang meliputi Ehsan, rukun Iman dan rukun Islam tidak sempurna sehingga perlu kepada tafsiran baru?  Apakah tafsiran dan takwilan ESQ lebih baik dan sempurna daripada konsep asalnya?  Apakah Islam seseorang tidak sempurna dan memerlukan latihan dan amalan tafsiran din mengikut pemahaman ESQ ?
7)      Ulamak Islam telah menyebut tentang akhlak dan penyucian hati melalui ilmu akhlak. Mereka telah membicarakan tentang sifat mahmudah(baik) dan mazmumah(jahat) bagi manusia mencapai kejayaan dunia dan akhirat  dan mereka juga tidak mengubah walau satupun rukun-rukun agama.  Manakala ESQ telah mengubah tunjang agama/din dengan  mencipta teori dan rahsia kejayaan hidup manusia dengan cara ESQ.  Apakah rahsia kejayaan dan ajaran ESQ lebih mulia dan tinggi dari agama dan rukun-rukunnya mengikut pemahaman, tafsiran dan yang telah dipraktikkan oleh ulamak Islam sebelum ini?    
8)      Konsep ESQ jika diperhati boleh membawa manusia kepada agama baru iaitu ajaran yang bertunjangkan fitrah atau suara hati.  Ia juga boleh mengeluarkan umat Islam dari agamanya yang suci melalui tafsiran atau takwilan agama dan rukun-rukunya dengan teori-teori ilmu psikologi.  Apakah jika dibiarkan ajaran dan latihan ESQ ini akan membawa suatu hari nanti kepada dakwaan “Saya Islam mengikut ESQ, mempercayai Ehsan, Islam dan Iman mengikut ESQ kerana ia lebih baik bagi saya daripada ajaran Islam yang ditafsirkan oleh ulamak Islam mengikut Hadith & Quran”.? 
9)      Dalam buku ESQ penuh dengan ayat-ayat Quran.  Namun ayat-ayat tersebut hanyalah sekadar hiasan sahaja bukan sebagai dalil dan hujah bagi menguatkan setiap dakwaan dan teori yang dikemukakan ESQ.  Apakah ESQ mahu menyakinkan orang ramai kemudian mengelirukan mereka bahawa buku, latihan dan ajaran ESQ berteraskan Quran & Sunnah? Jika jawapannya ialah “ya”, apakah hukum penggunaan ayat-ayat tersebut dan tafsiranya mengikut akal semata-mata tanpa bersandarkan tafsiran Quran & Sunnah?   

Artikel ini ditulis merujuk kepada buku ESQ.  Ia hanyalah secara ringkas menyentuh beberapa isi asas, isu penting dan beberapa persoalan utama yang pihak kami anggap dan berpegang ia menyeleweng, sesat dan bercanggah dengan Islam serta perlu diambil perhatian dan difikirkan bersama.  Jika ia bercanggah dengan Islam, sudah menjadi tanggungjawab kita menjauhinya dan pihak kerajaan serta penguasa agama perlu mengeluarkan fatwa mengharamkannya.

والله أعلم بالصواب


[1] Ary Ginanjar Agustian, ESQ, ESQ Leadership Centre SDN BHD, Ctk 8, 2010, sila lihat ms 53, 59, 129, 133, 155, 175, 205, 239, 261, 303, 315, 335, 373, 407, 413, dan 445.
[2] Untuk mengetahui bilangan perkataan dalam Quran boleh semak melalui website: (http://www.ketaballah.net/searchquran.html).  Din yang bermaksud pemerintahan dalam surah Yusuf ayat 76.
[3] صحيح مسلم، 1 كتاب الايمان وصحيح البخاري، 37 باب سؤال جبريل، صلى الله عليه وسلم عن الايمان والاسلام والاحسان وبيان الساعة
[4] Sila lihat pendapat-pendapat ulamak tentang fitrah dalam kitab Tafsir Qurtubi dalam mentafsirkan ayat yang dinyatakan atau lawati web : http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=49&ID=1428
[5] Ary Ginanjar Agustian, ESQ, ms 307.
[6] Ibid, ms 131.
[7] Ibid, ms 53.
[8] Ibid, m.s. 49.

Tiada ulasan: