Rabu, 28 Ogos 2013

RAMPASAN KUASA AS-SISI: ANTARA USTAZ-USTAZ MUDA UMNO(ILMU) DAN 59 ULAMAK SAUDI



Ustaz-ustaz Muda UMNO(ILMU) telah mengeluarkan kenyataan dan pendiriannya terhadap pengulingan dan rampasan kuasa kerajaan sah pimpinan Dr Muhammad Morsi  yang dilakukan oleh Jenerah Abdul Fattah As-Sisi.[1]  Kenyataan bernombor 1 hingga 6 membayangkan mereka akan menyokong kerajaan yang sah pimpinan Dr Muhammad Morsi namun kenyataan bernombor 7 dan selepasnya jelas bercanggah dengan kenyataan sebelumnya iaitu mereka seolah-olah mengiktiraf pula rampasan kuasa yang dilakukan oleh As-Sisi dengan menyatakan: “Pemerintah Muslim yang mendapat kuasa melalui apa jua cara sekalipun adalah sah menurut Islam.”

Semua sedia maklum sebelum ini khasnya semasa pilihanraya 13, antara akidah ILMU ialah akidah wajib mentaati pemerintah dan tidak boleh keluar dari pemerintahan Islam walau dengan apa cara sekalipun.   Mereka mengusung  Ijma’ ulamak wajib taat kpd pemerintah yang diambil dari Imam Nawawi ke sana ke sini.  Mereka juga menuduh parti-parti yang membangkang kerajaan UMNO dan mahumenukar kerajaan walaupun secara aman dan sistem pilihanraya adalah khawarij.  Jika diperhati kepada konsep ini, As-Sisi yang merampas kuasa dan keluar dari pemerintahan Islam yang sah dan dipilih rakyat adalah khawarij dan kerajaan pimpinan Dr Muhammad Morsi adalah kerajaan yg wajib ditaati.

Isnin, 19 Ogos 2013

IBNI TAIMIAH: ULAMAK YANG DIZALIMI





Golongan yang menyesat dan mengkafirkan Ibni Taimiah -Abu Abbas Taqiuddin Ahmad bin Abdus Salam bin Abdullah bin Taimiyah al Harrani), lahir pada 661h dan wafat pada 728 H- sentiasa mengambil dan mengulangi pendapat-pendapat ulamak silam terhadap beliau seperti Al-‘Ala Al-Bukhari, Al-Haitami, Ibni Battutah, dan selain mereka.  Mereka tidak menjelaskan dengan terperinci pendapat dan kata-kata ulamak tersebut meskipun terdapat buku-buku yang telah mengupas dengan panjang lebar isu tersebut.  Bermula dengan orang awam dan juga individu yang berstatus ustaz dan ulamak masih ada antara mereka mengkafirkan dan menyesatkan Ibni Taimiah.  Mereka ini mengalami salah satu antara dua sifat samada kurang ilmu iaitu jahil atau kurang adab iaitu jahat.  Jahil kerana kurang maklumat dan jahat kerana kurang adab dengan ulamak walaupun memiliki ilmu yang banyak.


Untuk mengelirukan orang ramai mereka mengguna nama-nama ulamak terkenal seperti Bukhari bagi  Al-‘Ala Al-Bukhari dan Ibni Hajar bagi Ibni Hajar Al-Haitami seolah-olah yang menyesatkan Ibni Taimiah ialah ulamak terkenal dan masyhur seperti Ibni Hajar Al-Asqalani pengarang kitab Fathul Bari dan juga Imam Bukhari penulis kitab Sohih Bukhari. Jika ada sesiapa yang menyanggah pendapat mereka dalam isu ini, mereka akan bertanya: 

“Apakah saudara lebih alim dari Ibni Hajar dan Bukhari?”.
 
Lantas akan terdetik dalam hati mereka yang kurang pendedahan dan bacaan: 

“Takkanlah Bukhari yang terkenal dengan sohih bukhari yang paling dipercayai selepas Quran dan Ibni Hajar yang terkenal dengan kitab Fathul Bari tersilap ?   Mereka ulamak dipercayai dan diterima sudah pasti kata-kata mereka berdua adalah benar dan tepat dalam menyesatkan Ibni Taimiah.”  

Ahad, 11 Ogos 2013

Al-QURAN UNTUK DIFAHAMI DAN DIAMALKAN


Al-Quran ialah kalam Allah yang merupakan salah satu mu’jizat Nabi sallallahu’alaihiwasallam. Ia juga merupakan panduan hidup umat Islam. Namun bagaimana seorang yang tidak mengetahui Bahasa Arab dapat merasai kehebatan kalam Allah dan dapat manfaat darinya sebagai panduan hidup ? Oleh itu, umat Islam dituntut mempelajari Bahasa Arab, jika tidak mampu hendaklah mempelajari terjemahan dan tafsir Quran dan paling tidak cuba melihat terjemahan ayat bila setiap kali membaca Quran. Ini kerana Quran bukan sahaja kitab yang hanya dibaca untuk mendapat pahala tetapi lebih dari itu ia sebuah kitab yang dibaca untuk memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan umat Islam. Allah ta’ala berfirman dalam Surah Muhammad ayat 24 :


أَفَلا يَتَدَبَّرُوْنَ القُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلْوْبٍ أَقْفَالُهَا (24



Sabtu, 10 Ogos 2013

ULASAN TERHADAP FATWA AMMAN MESSAGE: ANTARA SYIAH JA'FARIAH & MAZHAB JA'FARI


PENDAHULUAN:-

Seruan kepada kesatuan dan mengesahkan keIslaman dan kebenaran Syiah muncul semula.  Hujah dan sumbernya adalah sama iaitu fatwa Amman Message(رسالة عمان)[1].  Kekeliruan dalam memahami nas atau teks dalam Amman Message membawa ramai para pemimpin, orang ramai bahkan ustaz-ustaz memasukkan Syiah Imamiah atau Syiah Ithna ‘Ayariah atau Syiah Jaafariah ke dalam satu sof dan barisan ajaran yg benar dan pengikutnya tidak keluar dari Islam bahkan muslim sejati. 


Sebelum ini syarikat minuman air kesihatan ECPI merujuk kepada sumber yg sama dan hasil kekeliruannya tersiar iklan mengesahkan ajaran Syiah di corok radio yg ditaja oleh syarikat air tersebut.  Sebelumnya telah tersiar komentar dalam harakahdaily.net kemudian dipadamkan komentar tersebut yang bertajuk “TV Hijrah Didakwa Pecahbelahkan Islam” oleh S.M Mohamed Idris Pengerusi, Citizens International[2].  Yang terbaru tulisan Haji Mohd Azmi  Abdul Hamid Presiden MAPIM melalui artikelnya bertajuk “Perangkap Sektarian Dalam Polemik Sunni-Syiah” yg disiarkan dalam Malaysiakini juga menjadikan Amman Message sebagai sumber untuk mengharmonikan hubungan antara sunni & syiah[3]. Termasuk mereka yang menjadikan Amman message sebagai rujukan dalam isu ini ialah Dato' Jamil Khir dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider bertajuk Pengikut Syiah Bebas Amalkan Mazhab Itu.  Boleh baca kenyataan beliau tersebut di link : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jamil-khir-pengikut-syiah-bebas-amalkan-mazhab-itu .

Ahad, 22 Julai 2012

KEKELIRUAN FIQH DAKWAH DIKALANGAN ULAMAK MUDA UMNO(ILMU)


Kekorupan dan kezaliman UMNO bukan satu persepsi yang salah tetapi ia adalah realiti yang nyata dan benar.  Fakta-fakta menunjukkan perkara tersebut banyak dimedia-media sosial bukan sahaja diakui oleh pihak pembangkang bahkan pihak UMNO sendiri.   Dalam kemelut ini, lahir barisan ustaz-ustaz yang mengaku mereka sebagai ulamak iaitu Ulama Muda UMNO (ILMU).  Mereka menyertai UMNO kerana mahu berdakwah dari dalam.  Mereka juga mendakwa pihak lain tidak betul dan tidak ikut Islam dalam berdakwah.   Tulisan ini akan menilai kekeliruan dan kesilapan mereka dalam berdakwah dan menasihati UMNO berlandaskan konsep fiqh dakwah berikut:-

Rabu, 11 Julai 2012

PERMASALAHAN UTAMA ESQ



Rajah di atas  merupakan asas ESQ, diulang tidak kurang dari 16 tempat dalam buku ESQ[1].  Asal kalimah Din diubah kepada Fitrah.  Rukun Islam diubah kepada istilah-istilah berikut iaitu character building, mission statement, total action, strategic collaboration, dan self controlling.  Rukan Iman di takwil dan diubah kepada istilah-istilah berikut iaitu ultimate principle, angel principle, leadership principle, learning principle, vision principle, well organized principle.  Ehsan pula ditukar kepada zero manacle process.