Rabu, 28 Ogos 2013

RAMPASAN KUASA AS-SISI: ANTARA USTAZ-USTAZ MUDA UMNO(ILMU) DAN 59 ULAMAK SAUDI



Ustaz-ustaz Muda UMNO(ILMU) telah mengeluarkan kenyataan dan pendiriannya terhadap pengulingan dan rampasan kuasa kerajaan sah pimpinan Dr Muhammad Morsi  yang dilakukan oleh Jenerah Abdul Fattah As-Sisi.[1]  Kenyataan bernombor 1 hingga 6 membayangkan mereka akan menyokong kerajaan yang sah pimpinan Dr Muhammad Morsi namun kenyataan bernombor 7 dan selepasnya jelas bercanggah dengan kenyataan sebelumnya iaitu mereka seolah-olah mengiktiraf pula rampasan kuasa yang dilakukan oleh As-Sisi dengan menyatakan: “Pemerintah Muslim yang mendapat kuasa melalui apa jua cara sekalipun adalah sah menurut Islam.”

Semua sedia maklum sebelum ini khasnya semasa pilihanraya 13, antara akidah ILMU ialah akidah wajib mentaati pemerintah dan tidak boleh keluar dari pemerintahan Islam walau dengan apa cara sekalipun.   Mereka mengusung  Ijma’ ulamak wajib taat kpd pemerintah yang diambil dari Imam Nawawi ke sana ke sini.  Mereka juga menuduh parti-parti yang membangkang kerajaan UMNO dan mahumenukar kerajaan walaupun secara aman dan sistem pilihanraya adalah khawarij.  Jika diperhati kepada konsep ini, As-Sisi yang merampas kuasa dan keluar dari pemerintahan Islam yang sah dan dipilih rakyat adalah khawarij dan kerajaan pimpinan Dr Muhammad Morsi adalah kerajaan yg wajib ditaati.


Namun dalam isu rampasan kuasa yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi, mereka tidak pula menjadikan hujah dan ijma’ ulamak wajib taat kepada pemerintah yang dinakalkan oleh Iman Nawawi tersebut utk menolak rampasan kuasa As-Sisi.   Hadith yang mafhumnya wajib taat kepada pemerintah walau dipukul, dirotan, walau seorang hamba terpotong hidung juga tidak dibaca oleh mereka.  Sebaliknya mereka  mengambil ijma’ ulamak yang disebut oleh Ibni Hajar bahawa “wajib mentaati imam (pemerintah) yang merampas kuasa imam sebelumnya.”  Ijma’ yang disebut oleh Ibni Hajar tersebut diambil tanpa mengulasnya mengikut pandangan-pandangan ulamak sebagaimana ijma’ taat pemerintah yang diambil dari Imam Nawawi juga tidak diulas dan bentang pandangan ulamak terhadapnya.  Inilah jahil dan jahat mereka mengkhianati amanah ilmu yang akan disoal oleh Allah ta’ala di akhirat nanti. 

Tindakan yang diambil oleh mereka sebenarnya jelas mahu menolak perjuangan Ikhwan Muslimin dan juga gerakan Islam yang mirip kepada Ikhwan Muslimin seperti PAS.  Dendam dan dengki apakah terhadap Ikhwan Muslimin dan sekutunya yang menghantui mereka sehingga mewajibkan taat kepada As-Sisi di Mesir dan juga kepada UMNO di Malaysia walaupun kedua-duanya tidak nampak memperjuangkan Quran dan Sunnah apatahlagi menjadikan Quran dan Sunnah sebagai dasar perlembagaan.  Bagi mereka seolah-olahnya mana-mana pemimpin yang berkuasa secara sah atau merampas kuasa semua wajib ditaati asalkan pemimpin tersebut bukan dari Ikhwan Muslimin dan sekutunya. 

Jumhur ulamak seluruh dunia menolak dan tidak mengiktiraf rampasan kuasa yang dilakukan oleh As-Sisi.   Ini kerana ia jelas bercanggah dengan nas-nas Quran & Hadith dan juga undang-undang ciptaan manusia.  Mereka juga mengharuskan bahkan ada yang mewajibkan rakyat Mesir menentang rampasan kuasa tersebut dengan cara aman dan selamat.   Jika membawa kepada pertumpahan darah sekalipun ia adalah harus kerana mudharat rampasan kuasa As-Sisi adalah lebih besar jika hendak dibandingkan dengan mudharat harta dan nyawa gugur syahid penentang As-Sisi tersebut. Pandangan para ulamak tersebut telah disuarakan melalui pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan ulamak seluruh dunia seperti Kesatuan Ulamak Islam Antarabangsa, Ikatan ulamak Muslimin, Ikatan dan Persatuan Ulamak di Negeri Teluk, Afrika, Eropah, Indonesia, Mesir, Yaman, Syria, Sudan, Kuwait, dan selainnya[2]. 

Mungkin ustaz-ustaz UMNO(ILMU) tidak mahu menerima pandangan ulamak-ulamak tersebut kerana mereka menganggap ulamak dunia selain ulamak Saudi bukan ulamak ahli sunnah wa jamaah.  Oleh itu, di sini akan dibentangkan kenyataan 59 ulamak dan tuan-tuan guru dari negara Arab Saudi yang  menolak rampasan kuasa dan kerajaan kudeta As-Sisi. Cuba baca sedutan pandangan mereka dalam isu rampasan kuasa di Mesir berikut[3]:-

(1)  إن ما وقع في مصر من عزل الرئيس المنتخب من قبل وزير الدفاع هو انقلاب مكتمل الأركان. وهذا عمل محرّم مجرّم، نرفضه باعتباره خروجاً صريحاً على حاكم شرعي منتخب، وتجاوزاً واضحاً لإرادة الشعب، ونؤكد بطلان كل ماترتب عليه من إجراءات.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Mesir, pengulingan presiden yang dipilih rakyat yang dilakukan  oleh Menteri Pertahanan adalah pengulingan yang lengkap.  Kerja(rampasan kuasa) ini adalah  haram dan jenayah.  Kami menolaknya dengan anggapan ia keluar(tidak mentaati) secara jelas pemimpin yang sah dari sudut syara’ yang dipilih, melanggari secara jelas kehendak rakyat dan kami menegaskan tidak sah semua proses-proses yang berkaitan dengannya.”

(2) ونسجل اعتراضنا ودهشتنا من مسلك بعض الدول التي بادرت بالاعتراف بالانقلاب، مع أنه ضد إرادة الشعب المصري، وخروج على حاكم شرعي منتخب، وهذا من التعاون على الإثم والعدوان المنهي عنه شرعاً، وسيكون لهذا الموقف آثار سلبية خطيرة على الجميع لو دخلت مصر - لا قدّر الله - في فوضى واحتراب داخلي.

Kami menyatakan bangkangan dan kehairanan kami terhadap pendirian sesetengah negara yang mula mengiktirafkan rampasan kuasa walaupun ia bercanggah dengan kehendak rakyat Mesir dan keluar dari pemimpin yang sah secara syarei yang dipilih.  Ini dianggap antara bentuk kerjasama dalam perkara dosa dan permusuhan yang ditegah oleh syara’.   Akan berlaku dengan sebab pendirian tersebut kesan-kesan negatif yang merbahaya ke atas semua sekiranya Mesir di ditimpa – semoga Allah tidak mentakdirnya- kerosakan dan peperangan saudara”.

(3)  إننا في موقفنا الرافض للانقلاب وما ترتب عليه لا ندافع عن الإخوان المسلمين، بل ندافع عن الحق، ونقف مع المظلوم ومع حقوق الشعب المصري المعتدى عليها.

Sesungguhnya pendirian kami menolak rampasan kuasa dan semua kesan-kesan akibat darinya bukan bermakna kami mempertahankan Ikhwan Muslimin tetapi kami mempertahankan kebenaran, kami berdiri bersama golongan yang dizalimi, bersama hak-hak rakyat Mesir yang dicerobohi.”

(4)  ولهذا نستنكر موقف بعض الأحزاب والجهات والشخصيات الداعمة لهذا الانقلاب، ونقول: إن شريعتنا ترفض الخروج على الحاكم الشرعي،.

Dengan ini kami menyanggah pendirian parti-parti, pihak-pihak, individu-individu yang menyokong rampasan kuasa tersebut.  Kami menegaskan: Sesungguhnya syariat kami menolak keluar dari pemimpin yg sah di sisi syara’.”

(5)  وفي هذا المقام نشيد بموقف جبهة علماء الأزهر وغيرهم من علماء مصر، الذين جهروا بالحق ورفضوا الانقلاب، ونذكّر كافة العلماء والدعاة والمثقفين وأهل الرأي بضرورة الوقوف الحازم ضد الانقلاب.

“Dalam situasi ini kami menyokong pendirian persatuan ulamak Azhar dan selainnya dari kalangan ulamak Mesir yang menyatakan kebenaran secara terang-terangan dan mereka menolak rampasan kuasa.  Kami meningatkan semua ulamak, para pendakwah, para professional, dan pakar rujuk betapa pentingnya berdiri bersama dengan tegas menolak rampasan kuasa.”

(6)  إن السكوت على جرائم العسكر خيانة لهم، وإن تأييدهم خيانة للأمة ولتطلعات الشعوب في الحرية والكرامة. إن لنصرهم وجهاً واحداً فقط، هو منعهم من الظلم وحجزهم عنه

“ Sesungguhnya diam atas jenayah tentera merupakan pengkhinatan terhadap mereka(rakyat Mesir).  Sesungguhnya menyokong mereka adalah perkhianatan terhadap umat Islam dan perkhianatan terhadap aspirasi rakyat dalam menuntut kebebasan dan kemuliaan.”

(7)  نؤكد دعمنا لكل المطالبين بعودة الرئيس المنتخب الدكتور محمد مرسي وندعوهم للثبات والاحتساب، فهم على حق، ومطالبهم مشروعة، ونناشدهم ضبط النفس، وقطع الطريق على مريدي الفتنة، الذين سيجعلون منها ذرائع لمزيد من القتل.

“Kami menegaskan sokongan kami kepada setiap yang menuntut kembalinya Presiden yang dipilih iaitu Dr Muhammad Morsi.  Kami menyeru mereka teguh dan berjaga-jaga.  Mereka berada di atas landasan kebenaran dan tuntutan mereka adalah dibenarkan syara’.  Kami merayu mereka supaya menjaga diri, menyekat sesiapa yang mahukan fitnah yang ia akan membuka jalan bertambahnya pembunuhan.”

(8)  نذكر أنفسنا وأهلنا في مصر وغيرها أن مايجري هو بقدر الله تعالى وهو فصل من فصول المدافعة بين الحق والباطل؛ بين العلمانية والإسلام، بين السيادة والتبعية. فاحسموا أمركم وقفوا ضد الانقلاب الذي بدأ بتعطيل مؤسساتكم الدستورية ثم بقتل المصلين. ............. فاحذروهم "وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ" بإيمانكم واصبروا "وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِين" واجهروا بالمطالبة بالاحتكام إلى الشرع المطهر وتحكيمه، ففيه الحرية والعدل وهو أحسن الدساتير "وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ ". ووالله لئن تحقق للانقلابيين ما يريدون لَتَبْكُنّ على أيام المخلوع حسني مبارك.

“ Kami mengingatkan diri kami dan keluarga kami di Mesir dan selainya bahawa apa yang berlaku adalah takdir Allah.  Ia adalah satu peringkat dari peringkat-peringkat mempertahankan antara benar dan salah, sekular dan Islam, kedaulatan dan penjajahan.  Maka teguhkanlah pendirian kamu dan berdirilah melawan rampasan kuasa yang bermula dengan melumpuhkan institusi-institusi kerajaan kemudian membunuh mereka yang sedang solat……….Berwaspadalah dengan mereka yang merampas kuasa “Jangan kamu berasa hina dan jangan kami bersedih dan kamu paling tinggi jika kamu beriman”.  Dengan iman, kamu bersabarlah “Akibat yang baik bagi orang yang bertakwa.    Hendaklah kamu nyatakan dengan jelas tuntutan berhukum dengan syara’ yang suci.  Padanya kebebasan dan keadilan dan ia sebaik-baik perlembagaan. “Tidak ada yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah bagi mereka yang yakin”.  Dan demi Allah, sekiranya golongan rampasan kuasa berjaya melaksanakan apa yang mereka mahu, nescaya kamu pasti akan menangis mengenangkan hari-hari menjatuhkan Husni Mubarak.”




[1] Sila kenyataan tersebut dalam facebook ulamak muda UMNO https://www.facebook.com/ulamamuda/posts/678758518818888
[2] Persatuan & badan ulamak yang menolak rampasan kuasa As-Sisi dan menyokong Dr Muhammad Morsi boleh dirujuk link ini:-  http://www.almokhtsar.com/node/173394 .  Boleh juga lihat link: http://www.iumsonline.net/ar/default.asp?ContentID=6797&menuID=6
[3] Nama-nama ulamak Saudi yang menolak kudeta As-Sisi dan menyokong Dr Muhammad Morsi boleh rujuk di link ini:- http://www.aljazeera.net/news/pages/21f77113-6847-48a5-9d59-9ca704bdc1e2

Tiada ulasan: