Sabtu, 10 Ogos 2013

ULASAN TERHADAP FATWA AMMAN MESSAGE: ANTARA SYIAH JA'FARIAH & MAZHAB JA'FARI


PENDAHULUAN:-

Seruan kepada kesatuan dan mengesahkan keIslaman dan kebenaran Syiah muncul semula.  Hujah dan sumbernya adalah sama iaitu fatwa Amman Message(رسالة عمان)[1].  Kekeliruan dalam memahami nas atau teks dalam Amman Message membawa ramai para pemimpin, orang ramai bahkan ustaz-ustaz memasukkan Syiah Imamiah atau Syiah Ithna ‘Ayariah atau Syiah Jaafariah ke dalam satu sof dan barisan ajaran yg benar dan pengikutnya tidak keluar dari Islam bahkan muslim sejati. 


Sebelum ini syarikat minuman air kesihatan ECPI merujuk kepada sumber yg sama dan hasil kekeliruannya tersiar iklan mengesahkan ajaran Syiah di corok radio yg ditaja oleh syarikat air tersebut.  Sebelumnya telah tersiar komentar dalam harakahdaily.net kemudian dipadamkan komentar tersebut yang bertajuk “TV Hijrah Didakwa Pecahbelahkan Islam” oleh S.M Mohamed Idris Pengerusi, Citizens International[2].  Yang terbaru tulisan Haji Mohd Azmi  Abdul Hamid Presiden MAPIM melalui artikelnya bertajuk “Perangkap Sektarian Dalam Polemik Sunni-Syiah” yg disiarkan dalam Malaysiakini juga menjadikan Amman Message sebagai sumber untuk mengharmonikan hubungan antara sunni & syiah[3]. Termasuk mereka yang menjadikan Amman message sebagai rujukan dalam isu ini ialah Dato' Jamil Khir dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider bertajuk Pengikut Syiah Bebas Amalkan Mazhab Itu.  Boleh baca kenyataan beliau tersebut di link : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jamil-khir-pengikut-syiah-bebas-amalkan-mazhab-itu .


Seruan-seruan sebagaimana di atas sebenarnya umpama orang celik berlagak buta menafikan realiti yang berlaku didunia Islam di mana hakikatnya yang membunuh sunni di Syria ialah Syiah Nusoiriyyah dengan bantuan Iran(Syiah Imamiah) dan juga Hizbullah.  Disaat umat Islam sunni diperlakukan sebegitu bukan sahaja di Syria bahkan di Iraq dan juga Palestin, apakah logik kita masih menyanyi lagu cinta dan kasih kepada Syiah atas dasar kesatuan ummah dan beranggapan ia saudara kita se Islam? Ataupun kita megistiharkan Syiah Imamiah atau Ja’fariah atau Ithna ‘Asyriah adalah kafir dan musuh utama Islam abad ini sebaris dengan konco-konconya iaitu negara-negara kafir di barat dan timur.  


ULASAN AMMAN MESSAGE

Nas/Teks fatwa Amman Message dalam Bahasa Arab menyebut:-

 (1)“إنّ كل من يتّبع أحد المذاهب الأربعة من أهل السنّة والجماعة (الحنفي، والمالكي، والشافعي، والحنبلي) والمذهب الجعفري، والمذهب الزيدي، والمذهب الإباضي، والمذهب الظاهري، فهو مسلم، ولا يجوز تكفيره. ويحرم دمه وعرضه وماله. وأيضاً، ووفقاً لما جاء في فتوى فضيلة شيخ الأزهر، لا يجوز تكفير أصحاب العقيدة الأشعريّة، ومن يمارس التصوّف الحقيقي. وكذلك لا يجوز تكفير أصحاب الفكر السلفي الصحيح.[4]

Terjemahan B Melayu:-
“Sesungguhnya sesiapa yg mengikut salah satu mazhab yg empat dari kalangan Ahli Sunnah Wa Jammah(Hanafi, Maliki, Syafei dan Hanbali), Mazhab Ja’fari, Mazhab Zaidi, dan Mazhab Zohiri, maka dia seorang muslim, tidak harus mengkafirkannya, terpelihara darah, maruah dan hartanya dan ia selari dengan apa yang terdapat dalam fatwa Fadhilah Syeikh Al-Azhar.  Tidak boleh juga mengkafirkan pengikut akidah Asy’ariyyah dan sesiapa yang mengamalkan tasauf yg benar.  Begitu juga tidak boleh mengkafirkan pengikut pemikiran Salafi yang benar”.


Nas/Teks fatwa Amman Message dalam Bahasa Inggeris pula menyebut:-  
“(1) They specifically recognized the validity of all 8 Mathhabs (legal schools) of Sunni, Shi'a and Ibadhi Islam; of traditional Islamic Theology (Ash'arism); of Islamic Mysticism (Sufism), and of true Salafi thought, and came to a precise definition of who is a Muslim[5].

Terjemahan Bahasa Melayu:-
“Mereka secara khususnya telah mengiktiraf kesahan/penerimaan kesemua 8 mazhab: 4 mazhab sunni, Syiah dan Ibadhi sebagai Islam; aliran akidah tradisional Islam (ashari); aliran Sufi dan juga dari aliran pemikiran salafi yang benar, dan telah memutuskan definisi yang jelas tentang siapakah muslim yang sebenar.”


Jika kita perhati, terjemahan English Amman Message bercanggah dengan nas asalnya dalam Bahasa Arab.  Percanggahan tersebut boleh dilihat pada perkara-perkara berikut: 

1) Nas terjemahan bahasa Inggeris dengan jelas menyebut Syiah sedangkan dalam B Arab tidak menyebut Syiah hanya menyebut Mazhab Zaidi dan Mazhab Ja’fari.

2) Jika dilihat terdapat kelalaian dan kesilapan terjemahan nas dalam Bahasa Inggeris apabila mengabungkan Mazhab Zaidi dan Mazhab Ja’fariah atas nama Syiah sedangkan nas asal menyebut satu persatu iaitu Mazhab Zaidi dan Mazhab Ja’fari yang kedua-duanya terdapat perbezaan dengan Syiah Ja’fariah.

3)  Dalam nas terjemahan Inggeris juga tidak menyebut Mazhab Zhohiriy membuktikan ketidaktelitian dalam menterjemah.

Apa-apapun dalam isu fatwa Amman Message ini, sudah pasti nas Arab adalah muktamat dan ia adalah asal yang perlu dirujuk. Ataupun jika mahu jadikan teks Inggerisnya sebagai rujukan, teks Bahasa Arabnya hendaklah digabung sekali samada sebagai huraian atau penerangan supaya gambaran keseluruhan fatwa Amman Message tersebut dapat dicapai.  Namun sayangnya pemimpin dan mereka yg pro Syiah menjadikan nas Bahasa Inggeris sebagai sumber rujukan.  Kemungkinan kerana mereka tidak memahami Bahasa Arab. 

Haji Mohd Azmi  Abdul Hamid Presiden MAPIM dalam artikelnya mengambil terjemahan Bahasa Inggeris dengan katanya:
“Ia secara khusus mengesahkan kesahihan semua lapan mazhab dalam Sunni, Syiah dan Ibadi Islam; teologi Islam (Ash'ari); tasauf Islam (sufi), dan aliran Salafi tulin, serta merumuskan takrif tepat mengenai siapa itu Muslim.[6]

Berbeza dengan S.M Mohamed Idris Pengerusi, Citizens International beliau nampaknya menterjemah teks dari Bahasa Arab cuma ditambah perkataan “usuluddin Islam” dimana beliau menyebut:-
“Sesiapa sahaja yang patuh kepada salah satu daripada empat Usuluddin Islam mazhab Sunni (Hanafi, Maliki, Shafei dan Hanbali), dua Usuluddin Islam mazhab Syiah (Ja’fari dan Zaydi), Usuluddin Islam  mazhab Ibadi dan Usuluddin Islam mazhab Thahiri adalah seorang Islam. Mengisytiharkan seseorang itu sebagai murtad adalah mustahil dan tidak dibenarkan.”[7] 

Penambahan usuluddin Islam yang memberi erti akidah Islam agak tersasar apabila dilihat mazhab-mazhab yang disebut dalam nas Bahasa Arab kesemuanya mazhab-mazhab fekah bukan mazhab akidah.  Mazhab Hanafi, Maliki, Shafei dan Hanbali adalah aliran Mazhab Fiqh bukan Usuluddin atau akidah.  Begitu juga Mazhab Zaidi, Ja’fari dan Zhohoriy kesemuanya adalah sinonin dengan aliran dan ijtihad-ijtihad masalah fiqh.

Jelas di sini berlaku kekeliruan dalam memahami fatwa Amman Message apabila nas asalnya dalam Bahasa Arab tidak difahami dan pergantungan kepada terjemahan Bahasa Inggeris semata-mata membuat seseorang akan keliru.

Pemahaman yang betul pada pendapat saya ialah: “Mana-mana individu yang mengamalkan atau mengambil pendapat mana-mana mazhab yang lapan dalam masalah fekah iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Shafei dan Hanbali, Mazhab Zaidi, Mazhab Ja’fari dan Mazhab Zhohoriy adalah harus.  Beramal dengan hukum-hukum atau ijtihad-ijtihad fekah 8 mazhab tersebut tidak mengeluarkan seseorang dari Islam, tidak boleh mengkafirkan mereka selama mana akidah mereka tidak bercanggah dengan akidah Islam.”

Jadi di sini seseorang samada bermazhab Hanafi, Maliki, Shafei dan Hanbali, atau bermazhab Zaidi, Ja’fari dan  Zhohoriy perlulah tunduk kepada kaedah ilmu Usuluddin atau akidah bagi menentukan kafir dan muslim seseorang.   Dengan mengambil atau mengamalkan pendapat-pendapat 8 mazhab fekah tersebut belum mengeluarkan seseorang dari Islam kecuali amalan tersebut membatalkan akidah Islam yg disepakati. 

Ini selari dengan fatwa Syeikh Al-Azhar Syeikh Mahmud Syaltut pada tahun 1959 iaitu di zaman berlaku usaha mendekatkan dan menyatukan Syiah dan Sunni(Taqrib Antara Syiah & Sunni).  Mazhab Ja’fari di ajar di Universiti Al-Azhar bersama dengan mazhab-mazhab Fekah lain.  Apabila ditanya apakah harus seseorang beramal dengan ijtihad Mazhab Ja’fari?  Syeikh Mahmud Shaltut mengharuskan beramal dengan mazhab tersebut selama mana mazhab tersebut tidak bercanggah dengan sumber-sumber Islam dan tidak bercanggah dengan nas-nas syara’, tidak mengapa mengamalkannya dan mengambilnya sebagaimana beliau berkata:-

.... فمتى لم يخالف الرأي أصلا من الأصول الإسلامية الصحيحة، ولم يتعارض مع نص شرعي، فلا بأس من تطبيقه، والأخذ به،[8]

Maksudnya: Maka apabila pendapat(Mazhab Ja’fari) ia tidak bercanggah dengan usul-usul Islam yang benar dan tidak bercanggah dengan nas syara’, maka tidak mengapa mengamalkannya dan mengambilnya”.

MAZHAB JA’FARI VS SYIAH JA’FARI.

Mazhab Ja’fari merujuk kepada Fiqh Iman Ja’fari - Abu Abdullah Jaafar bin Muhammad(83-148h)- iaitu ijtihad-ijtihad fekah Imam Ja’far As-Sodiq.  Ia menjadi gelaran kepada alirah mazhab Fiqh bagi Syiah khususnya Iran.  Disebabkan martabat Imam sama dengan kenabian di sisi Syiah dan Imam adalah sumber hukum, banyak berlaku di sana tokok tambah dan penyelewengan terhadap Fiqh Mazhab Ja’fari yang dilakukan oleh ulamak, pemimpin dan imam mereka. 

Perlu diketahui, mereka yang mengikut dan mengambil ijtihad-ijtihad fekah mazhab Ja’fari tidak semestinya berpegang dengan akidah Syiah.  Fiqh Ja’fari dipelajari dan menjadi sukatan pengajian Fiqh Muqaron(Fekah Perbandingan) disamping mazhab-mazhab Fiqh yang lain seperti Syafi’ei, Hanafi, Maliki, Hanbali, Zohiri, Ibadhi, & Zaidi di universiti-universiti.  Di Universiti Al al-Bayt Jordan sebagai contohnya terdapat subjek khas yang bertajuk “Fiqh Al al-Bayt” yang meliputi ijtihad-ijtihad Fekah Imam Ja’far Bin Muhammad dan selainnya dikalangan keluarga Rasulullah sollahu’alaihiwasallam.  Penuntut ilmu hendaklah mencari dan menilai ijtihad mazhab mana yang terkuat dan tepat dalam mana-mana permasalahan fekah untuk dipegangi dan diamalkan. Mengamalkan ijtihad yang kuat dikalangan mazhab tersebut dan ia sudah pasti tidak bercanggah dengan usul syara’ iaitu Quran dan Sunnah  mengikut fatwa Syeikh Mahmud Syaltut diharuskan dan tidak akan mengeluarkan seseorang dari Islam. 

Syiah Ja’fariah atau Imamiah Ithna ‘Asyariah ialah aliran akidah bukan  aliran mazhab fekah.  Ia adalah kumpulan yang merujuk kepada usul atau rukun akidah Syiah yang lima iaitu Tauhid, Kenabian, Hari Akhirat, Keadilan, dan Imamah(Imam). Syarat menjadi Syiah Imamiah bukan bermazhab Ja’fariah tetapi beriman dengan 5 Rukun Imam Syiah Imamiah tersebut.  Kalau seseorang bermazhab Syafei sekalipun jika beriman dengan rukun Syiah yg lima tersebut pada pendapat saya ia seorang Syiah akidahnya dan Syafei mazhab fekahnya.

Syiah Ja’fariah atau Imamiah Athna ’Asyariah terkenal dengan nama Syiah Imamiah kerana pegangan dan dakwaan mereka Imam Ali bin Abi Tolib di lantik oleh Rasulullah sebagai iman penganti selepas kewafatan baginda dengan cara 'nas'[9].  Mengikut pendapat lain mereka dikenali sebagai Syiah Imamiah Ithna 'Ayariah kerana pegangan mereka wajib terdapat imam di setiap zaman dan ke semua imam-imam tersebut seramai dua belas orang mestilah dari keturunan Imam Ali Bin Abi Tolib[10].

Jadi jelas disini, Mazhab Ja’fariah ialah mazhab fiqh dan ijtihad-ijtihad fekah yg boleh diterima pakai tidak mengeluarkan seseorang dari Islam.  Manakala Syiah Ja’fariah ialah alirah akidah dan usuluddin yang boleh mengeluarkan seseorang dari Islam.  Oleh itu tidak hairanlah jika Syeikh Al-Azhar Mahmud Shaltut memberi fatwa harus beramal dengan Mazhab Ja’fariah seperti mazhab fiqh yang lain kerena percanggahan hanya berlaku dalam masalah cabang dan fiqh atau ijtihadiah bukan masalah usul akidah.  Begitu juga Fatwa Amman Message dalam Bahasa Arabnya menyebut pengikut Mazhab Ja’fari adalah muslim dan tidak boleh mangkafirkan mereka.

AKIDAH SYIAH JA’FARIAH & ITHNA ‘ASYRIAH:-

Penganut dan pengikut Syiah Ja’fariah atau  Imamiah Ithna ‘Asyariah adalah kafir kerana akidah mereka bercanggah dalam usul akidah Islam ahli sunnah wa jamaah.

Antara punca utama kesesatan Syiah Ja’fariah ialah pegangan mereka bahawa sesetengah sahabat Nabi sollahualaihiwasallam kafir atau mereka mengkafirkan sahabat Rasulullah. Para sahabat adalah golongan yg diredhai Allah sebagaimana disebut banyak di dalam Quran antaranya dalam surah Taubah ayat 100.   

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُخَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ.

Maksudnya: “Dan orang-orang yang terdahulu dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.

Dalil dari hadith Nabi sollallahu’alaihiwasallam melarang mencaci sahabat baginda adalah seperti berikut:-

لا تسبوا أصحابي لا تسبوا أصحابي فوالذي نفسي بيده لو أن أحدكم أنفق مثل أحد ذهبا ما أدرك مد أحدهم ولا نصيفه. (المتفق عليه)

Maksudnya: “Jangan kalian mencela sahabat-sahabatku, jangan kalian mencela sahabat-sahabatku.  Demi jiwaku dalam kekuasaanNya, sekiranya salah seorang dari kalian bersedekah emas seumpama bukit Uhud tidak dapat menyamai satu cupak atau setengah cupak (dari pahala sedekah mereka).[11]

Sabda Rasulullah lagi:-

الله الله في أصحابي الله الله في أصحابي لا تتخذوهم غرضا بعدي فمن أحبهم فبحبي أحبهم ومن أبغضهم فببغضي أبغضهم ومن آذاهم فقد آذاني ومن آذاني فقد آذى الله تبارك وتعالى ومن آذى الله فيوشك أن يأخذه.(رواه أحمد والترمذي والبيهقي وقال الترمذي: حديث غريب)

Maksudnya” Takutlah kalian kepada Allah pada para sahabatku !  Takutlah kamu kepada Allah pada para sahabatku(jangan mencela, mencaci dan menyakiti mereka).  Jangan kalian jadikan mereka sasaran(menyakiti atau menuduh mereka dengan keburukan) selepas kewafatanku.  Barangsiapa yang menyayangi mereka, makan dengan kasihku aku sayangi mereka. Dan barangsiapa memarahi mereka, maka dengan kemarahanku aku memarahi mereka.  Barangsiapa menyakiti mereka, maka sesungguhnya dia menyakitiku.  Barangsiapa meyakitiku, maka dia menyakiti Allah ta’ala.  Barangsiapa menyakiti Allah ta’ala dibimbangi Dia akan menyeksanya[12]. 

Sabda Rasulullah lagi:-

وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَن سب أصحابي فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين)رواه الطبراني في الكبير والأوسط والقطيعي في زوائد الفضائل والخطيب في التاريخ من حديث أنس رضي الله عنه وأبو نعيم في الحلية من حديث ابن عمر رضي الله عنهما والحديث حسنه الألباني رحمه الله في الصحيحة.


Maksudnya: Sesiapa mencela para sahabatku, maka laknat Allah ke atasnya, malaikat dan manusia kesemuanya”[13].

 Jika Allah ta’ala meredhai para sahabat dan Rasulullah menyayangi dan melarang mencaci para sahabat bahkan dikalangan mereka dijamin masuk syurga siapakah Syiah Imamiah dan pengikutnya termasuk imam-imamnya mengkafirkan para sahabat Nabi sollallahu’alaihiwasallam?

Hasil dari mengkafirkan para sahabat nabi,  Syiah Imamiah bercanggah dalam usul akidah berikut yang membawa kepada kekufuran:-

1) Syiah Tolak Quran.  

Rukun Syiah antaranya Ketuhanan.  Ketuhanan meliputi beriman dengan Quran yang merupakan kitab dan kalam Allah ta’ala.  Quran yang ada pada Ahli Sunnah atau sunni adalah sempurna kerana ia diambil dari semua sahabat Nabi sollahu’alaihiwasallam.  Sementara itu Quran yang ada pada Syiah tidak sempurna kerana riwayat-riwayat Quran yang datang dari para sahabat nabi yang dikafirkan oleh Syiah Imamiah ditolak oleh mereka.  Bagaimana Quran yang ada pada Syiah Imamiah itu boleh sempurna jika riwayat Quran itu terhad dan hanya melibatkan Imam Ali dan sahabat-sahabat yang tidak dikafirkan oleh mereka sahaja?  Bahkan mereka menambah surah-surah lain yang direka oleh mereka.  Hukum mereka yang tidak beriman kepada mana-mana ayat Quran dan menambah mana-mana ayat atau surah dari Quran hukumnya adalah kafir.

Firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah al-Nisa ayat 150-151:

 إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ  نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا أُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan bermaksud membeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan Rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: 'Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kufur terhadap sebahagian (yang lain), serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan."

Allah Subhanahu Wa Taala juga berfirman  dalam Surah al-Baqarah ayat 85:

 أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya : "Adakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Maka tidak ada balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Allah tidak alpa daripada apa yang kamu kerjakan."

2) Rukun Kenabian Syiah Bercanggah Dengan Quran & Sunnah.

Menolak Hadith Nabi:- 

Antara rukun Syiah Imamiah ialah Kenabian.  Termasuk dalam kenabiah ialah taat dan menerima semua hadith-hadith Nabi yang terbukti sohih dan benar.  Namun Syiah Imamiah menolak hadith yang riwayatnya melibatkan para sahabat nabi yang dikafirkan oleh mereka seperti Abu Bakar, Umar, Utman dan seumpamanya.  Mereka hanya beriman dan percaya kepada hadith yang datang melalui imam Ali Rodhia Allahu’anhu dan imam-imam mereka sahaja.  Menolak dan tidak beriman sepenuhnya dengan hadith sohih yang datang dari Rasululullah sollahu’alaihiwasallam hukumnya adalah kafir. Syiah adalah golongan awal tolak Hadith Nabi dan menolak hadith sohih adalah kafir Ini berdasarkan firman Allah ta’ala dalam surah Al-Hasyr ayat 7 :

وما ءاتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا واتقوا الله إن الله شديد العقاب

Maksudnya:  Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah  kepada kamu maka ambilah ia, dan apa jua yang dilarangnya kamu  melakukannya maka patuhilah larangannya.  Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya.

Dan firman Allah lagi dalam surah An-Nisa’ ayat 59 :-

يأيها الذين ءامنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم

Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan ululamri(pemimpin) dari kalangan kamu(beriman)”.

Mengambil setengah hadith sahaja dan menolak hadith-hadith sohih yang lain adalah bercanggah dengan ayat-ayat di atas.  Apatahlagi jika memalsukan hadith Raslulllah sollahu’alaihiwasallam yang dilakukan oleh Syiah Ja’fariah atau Imamiah Isthna ‘Asyriah di dalam kitab-kitab rujukan mereka.

Martabat Imam Sama Dengan Nabi & Imam Sumber Hukum.

Sumber hukum bagi Ahli Sunnah ialah Allah dan Rasul atau Quran dan Hadith.  Tidak ada manusia yang berhak mengeluarkan hukum walaupun dia seorang alim atau wali Allah atau yang paling dekat dengan Rasulullah seperti para sahabat rodhiallahuanhu.   Walaupun di sana sumber hukum lain bagi Ahli Sunnah seperti Qias dan Ijma’ namun keduanya tidak terkeluar dari bersumberkan kepada Quran & Sunnah.  Agama Islam ini telah sempurna dengan kebangkitan Nabi terakhir iaitu Muhammad Sollahu’alaihiwasallam sebagaimana firman Allah ta’ala da;am surah Al-Maidah ayat 3 :-

اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا

Maksudnya: “Pada hari ini, aku sempurnakan agama kalian, dan aku lengkapkan ni’matKu ke atas kalian dan Aku redha Islam sebagai agama bagi kalian”.

Bagi Ahli sunnah Nabi Muhammad adalah nabi terakhir dan syariat nabi Muhammad adalah syariat terakhir tiada syariat selepasnya. Nabi Muhammad juga ma’sum dan tidak ada manusia yg ma’sum selainnya. Sebaliknya Syiah Imamiah mereka beriman dengan Imamah dan imam bagi mereka ma’sum dan martabat imam sama dengan kenabian.  Imam juga dianggap sumber hukum yang boleh mengeluarkan syariat baru.  Ini sudah nyata kufur kerana sumber hukum syara’ hanyalah Allah dan Rasul sahaja. Jika ada manusia lain selain Rasul boleh mengeluarkan hukum baru bercanggah dengan Quran & Hadith atau membatalkan syariat Nabi Muhammad, akidah tersebut adalah kafir. Akidah ini ada pada Syiah.

Inilah secara ringkas penjelasan tentang Risalah Amman atau Amman Message yang sering disalahtafsir dan diekploitasi untuk mengesah dan membenar gerakan Syiah.  Terdapat ulamak tidak bersetuju dengan Amman Message.  Ketidakpersetujuan tersebut atas asas ia menyeru kepada kesamaan agama atau semua agama adalah sama.  Sila teliti teks Amman Message berikut:-

أنّ أصل الديانات الإلهيّة واحد، والمسلم يؤمن بجميع الرسل، ولا يفرّق بين أحد منهم، وإنّ إنكار رسالة أي واحد منهم خروج عن الإسلام، مما يؤسس إيجاد قاعدة واسعة للالتقاء مع المؤمنين بالديانـــــات الأخرى علـــــى صعد مشتركـــــــة في خدمة المجتمع الإنساني دون مساس بالتميّز العقدي والاستقــلال الفكري، مستندين في هذا كله إلى قوله تعالى آمن الرسول بما أنـــزل إليــــه من ربـــــــــه والمؤمنــــون كـــل آمــــن بالله وملائكتــــه وكتبـــــه ورسله لا نفرّق بين أحد من رسله وقالــــوا سمعنا وأطعنــــا غفرانــــك ربنـــــا وإليك المصير "البقرة: 285"[14].

Maksudnya: “Sesungguhnya asal agama-agama Tuhan ialah satu.  Seorang Islam beriman dengan semua para rasul.  Dan dia tidak membezakan salah seorang dari kalangan mereka(rasul).  Sesungguhnya mengingkari salah seorang rasul dari mereka(para Rasul) akan mengeluarkan seseorang dari Islam.  Ia antara perkara yang akan dijadikan asas yg luas bagi menyatukan para mukminin dengan agama-agama lain bersama-sama berkhidmat utk masyarakat manusia tanpa memikirkan perbezaan akidah dan kebebasan berfikir bersandarkan semua ini kepada firman Allah ta’ala:-

Kenyataan” Sesungguhnya asal agama-agama Tuhan ialah satu” ia membenarkan bahawa agama Nasrani dan Yahudi, dan seumpamanya adalah agama Tuhan sedangkan agama tersebut adalah ciptaan manusia.  Agama Allah hanyalah Islam semenjak dari Adam hinggalah Muhammad sollallahu’alaihiwasallam.   Menyatakan asal semua agama adalah satu dan ia adalah agama Allah akan membawa kepada persamaan semua agama dan tidak ada beza antara Islam dan agama lain.

Wallahua’lam.



[1] Sila lawati web:- http://ammanmessage.com/index.php?option=com_content&task=view&id=91&Itemid=74
[2] Artikel tersebut boleh dibaca di link:- http://www.ibnuhasyim.com/2012/07/tv-hijrah-didakwa-pecahbelahkan-islam.html.
[3] Artikel tersebut boleh dirujuk di link:- http://www.malaysiakini.com/news/237773
[4] Sila rujuk link: http://www.ammanmessage.com/index.php?lang=ar
[5] Sila rujuk link: http://www.ammanmessage.com/
[6] Sila baca komentar bertajuk “Perangkap sektarian dalam polemik Sunni-Syiah” di link ini: http://www.malaysiakini.com/news/237773
[7] Sila baca komentar bertajuk “TV Hijrah Didakwa Pecahbelahkan Islam” di http://www.ibnuhasyim.com/2012/07/tv-hijrah-didakwa-pecahbelahkan-islam.html
[8] Sila rujuk:- http://www.dd-sunnah.net/forum/showthread.php?t=79914
[9] Abi al-Hasan Ali bin Ismail al-'Asy'ary(w330h), Maqolaat al-Islamiyyiin Wa Ikhtilaf al-Musolliin, tahkik: Mohammad Mahyudin bin Abdul Hamid, Maktabah al-'Asriyyah, t.ctk, 1411h/1990m, juz 1, ms 89.
[10] Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun(732-808h), Muqaddimah Ibni Khaldun, ms 151.
[11] Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
[12]  Hadith riwayat Ahmad, Termizi dan Baihaqi.  Berkata Termizi:  Hadith gharib.  
[13]  Hadith riwayat At-Tobarani, Al-Qatiei, Al-Khatib dan Abu Nuaim.  Kata Syeikh Al-Albani Hadith Hasan .
[14] Sila rujuk:- http://ammanmessage.com/index.php?option=com_content&task=view&id=16&Itemid=30.

Tiada ulasan: